Kupasan Lagu Warisan

Lagu dan muzik
Warisan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad
Ciptaan Allahyarham
Syed Haron Syed Ahmad.
            Lagu 'Warisan ' merupakan sebuah lagu yang telah dipopularkan oleh Sudirman Haji Arshad. Beliau merupakan seorang yang disanjung oleh rakyat Malaysia sehingga hari ini. Beliau telah memenangi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1976. Kehebatan beliau dalam bidang nyanyian telah menyebabkannya mendapat gelaran 'Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia". Terbuktilah kehebatan arwah dalam bidang nyanyian sehinggakan beliau masih dikenang pada hari ini. Anak kelahiran Temerloh, Pahang ini bukan sahaja seorang penghibur malah turut melakukan tugas sampingan seperti penulis lirik, pengarang buku, dan pelukis. Kebanyakan karya yang beliau hasilkan banyak memberi pengajaran dan nilai-nilai murni kepada masyarakat setempat termasuklah lagu 'Warisan'.
            Lagu ini telah ditulis oleh Syed Haron pada tahun 1980. Namun begitu, lagu itu hanya dinyanyikan oleh Sudirman pada tahun 1982. Hal ini demikian kerana penulis belum lagi menemukan calon yang sesuai untuk mendendangkan lagu tersebut. Setiap lirik yang disampaikan oleh penulis dan penyanyinya amat mendalam dan perlu diamati dengan baik oleh semua pihak. Oleh sebab mempunyai nilai-nilai yang tersendiri dan maksud yang tersirat dalam lagu tersebut, maka lagu ini telah dijadikan tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia pada masa itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pemilihan lagu ini sebagai tema pada tahun 2014 kerana ia dianggap sangat istimewa dan lebih menusuk kalbu. Di bawah merupakan lirik lagu Warisan.
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

KAITAN DENGAN SEMANGAT KEMERDEKAAN
            Jika diamati dengan teliti, lagu ini telah dicipta untuk mencetuskan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Lagu ini berkisar tentang perjuangan seorang anak bangsa terhadap tanah air tercinta. Apabila dirujuk kembali rangkap lagu tersebut, perkara ini terdapat pada rangkap yang keempat. Penulis menyatakan bahawa dia hanyalah seorang rakyat biasa yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan tanah air. Walaupun penulis bukan seorang parajurit tetapi dia sanggup mempertahankan negaranya daripa ancaman musuh dalam cara mana sekalipun. Jelaslah, lagu ini dicipta sememangnya mempunyai unsur-unsur yang boleh mencetuskan semangat kemerdekaan.
            Selain itu, lagu ini turut menyuntik semangat kemerdekaan terhadap masyarakat setempat seperti mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh atau penjajah melalui rangkap yang sama. Sebagai salah seorang rakyat yang cinta kepada negara, perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan negara bukan hanya terletak pada bahu seseorang sahaja. Mungkin ramai yang berfikiran bahawa keselamatan negara hanya terletak pada tentera dan polis sahaja, tetapi perkara tersebut adalah salah sama sekali. Hari ini masyarakat telah sedar jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Mereka tidak meletakkan sepenuhnya tanggungjawab menjaga keamanan negara 100 peratus kepada tentera dan polis. Sebagai contoh, ketabahan guru-guru di sekolah memberikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak muda pada masa ini cukup penting agar pemikiran mereka tidak mudah dijajah oleh orang lain. Salah satu langkah Kementerian Pendidikan Malaysia ialah mewajibkan para pelajar lulus mata pelajaran Sejarah. Jadi, memperjuangkan kedaulatan negara adalah tanggungjawab semua pihak.
            Seterusnya, lagu ini juga turut menyentuh semangat juang yang berterusan akan membawa kepada kebebasan. Baris 'Namun hati rela berjuang' memberi makna yang mendalam kepada kita semua. Kemerdekaan negara kita tidak akan dapat diperoleh sekiranya tidak sanggup berjuang menggunakan apa-apa cara. Usaha keras Tunku Abdul Rahman yang berusaha untuk membebaskan tanah air ini daripada penjajah cukup besar ertinya. Jika difikirkan beliau telah berulang-alik ke London untuk berunding dengan pemerintah British walaupun pada masa itu teknologi belum lagi maju. Namun, usaha keras yang ditunjukkan oleh Tun telah memerdekakan tanah air ini. Mungkin ramai rakyat pada masa itu sudah putus harapan dan lebih rela diperintah oleh penjajah, tetapi Tun Abdul Rahman telah membuktikan Tanah Melayu layak diperintah oleh bangsanya sendiri dan perlu dibebaskan dari cengkaman penjajah.





BAGAIMANAKAH LAGU INI BOLEH MENCETUSKAN SEMANGAT PATRIOTIK
            Lazimnya, rakyat jelata tidak mengendahkan nasihat yang diberikan melalui ceramah dan buku. Hal ini demikian kerana mereka merasakan perkara tersebut agak membosankan untuk didengar dan ditatap. Oleh itu, penyampaian mesej melalui lagu dilihat agak berkesan. Ia merupakan antara teknik penyampaian yang berkesan kerana pendengar dapat menghayati lirik lagu tersebut bersama alunan muzik yang merdu. Bagi lagu 'Warisan', mesej yang hendak disampaikan agak jelas untuk pendengar fahami. Walaupun mungkin rangkap pertama kedengaran penulis seperti jatuh cinta dengan seseorang sebaliknya bukan. Jadi, pendengar harus menghabiskan seluruh rangkap lagu ini untuk mengupas maksud keseluruahan lagu ini.
            Antara perkara yang disampaikan oleh lagu ini ialah perasaan cinta akan tanah air. Pesanan yang sangat penting diberikan oleh lagu ini menyeru kita semua agar meletakkan perasaan sayang kepada negara kita. Penulis amat berharap agar tidak wujud golongan yang mengkhianati bangsa dan negara sendiri seperti yang berlaku di negara lain. Semangat patriotik ini telah diterapakn seawal rangkap pertama agar mereka sedar betapa pentingnya negara kelahiran sendiri. Penulis tidak menggunakan kiasan untuk menyatakan perkara ini supaya mereka tahu hal yang ingin ditekankan oleh penulis menerusi lagu itu.
            Rangkap yang ketiga dalam lagu 'Warisan' pula menyatakan agar kita semua mengekalkan semangat kemerdekaan yang telah dicapai selama ini. Berdasarkan coretan penulis pada rangkap ketiga, ke mana sahaja arah tuju kita di dunia ini, perasaan kemerdekaan haruslah sentiasa dibawa ke mana-mana. Perkerja dan pelajar yang berada di luar negara tidak harus melupakan asal usul mereka. Malaysia merupakan sebuah negara yang aman sekarang jika dibandingkan negara Asean yang lain. Walaupun Thailand tidak pernah dijajah oleh orang barat namun mereka tidak dapat mengawal pergolakan politik yang berlaku dalam negara mereka kerana tidak ada semangat nasionalisme yang tinggi.
            Tambahan lagi, lirik lagu Warisan turut menyemaikan perasaan sayang dan bangga tanpa berbelah bahagi terhadap negara. Sifat ini boleh didapati pada rangkap yang kedua baris yang terakhir. Walaupun sumbangan dan jasa penulis tidak diketahui oleh orang ramai, namun penulis tidak membenci masyarakat dan negara tersebut tetapi tetap meletakkan perasaan sayang tersebut di dalam jiwa penulis. Pada akhir rangkap penulis seolah-olah bertanya kepada pendengar, ke manakah perasaan cinta terhadap negara itu diletakkan. Tepuk dada tanya selera. Komunikasi melalui lagu seperti ini dapat mencetuskan semangat patriotik kepada orang ramai.





MESEJ
            Karya yang baik pastinya ada mesej tersendiri untuk disampaikan seperti Potret Monalisa lukisan Leonardo Da Vinci. Begitu juga dengan lagu Warisan nyanyian Sudiraman Haji Arshad yang terdapat beberapa mesej yang ingin disampaikan. Antaranya ialah tentang kecintaan kepada negara dengan lebih mendalam lagi. Kalau diperhatikan, secara keseluruhan lirik lagu tersebut mengajak kita semua untuk menimbulkan perasaan cinta terhadap negara kelahiran sendiri. Lagu ini amat sesuai untuk menimbulkan perasaan cinta pada hari ini kerana semakin hari semakin banyak anasir yang bertentangan dengan norma masyarakat yang cuba mempengaruhi pemikiran masyarakat di luar sana terutamanya golongan remaja. Cinta tersebut bukan sahaja cinta kepada negara sahaja bahkan meliputi segala aspek. Kita perlulah mencintai ibu bapa kita, dan alam sekitar yang kita miliki.
            Di samping itu, lagu ini juga berkisar tentang jasa pahlawan terdahulu. Kita sebagai penyambung warisan haruslah mengenang jasa dan kabaikan yang telah dilakukan parajurit pada zaman perperangan dahulu. Tanpa perjuangan mereka semua sudah tentu negara kita sukar untuk bebas daripada penjajah dan lewat mendapat kemerdekaan. Sebagai seorang pejuang yang gagah mereka sanggup berkorban nyawa dan mengotakan janji demi negara tercinta ini. Oleh itu, walaupun kita sudah lama merdeka, jangan pula kita leka dengan ancaman luar yang sering datang mendatangkan musibah kepada negara kita. Baru-baru ini kita diuji dengan serangan di Lahad Datu yang amat menakutkan rakyat setempat terutamanya di negeri Sabah. Pertahanan negara kita yang kental dapat mematahkan serangan tersebut. Namun begitu, kita masih perlu berhati-hati dengan setiap keadaan dan jangan leka agar tidak dijajah semula.

PENGAJARAN
·           Tetap gagah mempertahankan tanah air negara
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang taat dan patuh kepada negara, kita perlulah sentiasa berupaya untuk mempertahankan tanah air ini daripada ancaman musuh. Apatah lagi pada hari ini negara-negara kuasa besar giat berlumba-lumba untuk menguji kehebatan teknologi senjata mereka. Kita tidak mahu negara kita menerima tempias negara-negara tersebut.
·           Tepati janji sebagai seorang yang membuat janji
Membuat janji memang senang, tetapi untuk mengotakannya adalah susuh bagi seseorang itu. Jadi, sekiranya tidak dapat menunaikan janji tersebut janganlah pandai untuk membuat janji kepada seseorang.
·           Tanah air haruslah dipertahankan oleh bangsa sendiri
Kalau boleh kita tidak mahu negara kita dipertahankan oleh orang lain kerana ia akan membawa kepada kesan sampingan seperti pertukaran hak milik pemerintahan. Kita ada anggota pertahanan yang mantap, jadi tidak perlu bergantung kepada orang lain.
·           Perjuangan bukan hanya terletak di atas bahu seorang sahaja

Berjuang bersama-sama bagi memastikan keharmonian negara tidak jatuh ke tangan orang lain seperti zaman pra merdeka dahulu. Biarlah kiita belajar daripada benda yang sudah terjadi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Aten said...

Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia

aisha said...

tHANK YOU

galiafahrney said...

The 10 best polished titanium frames - Titanium Arts
From the nano titanium ionic straightening iron latest stainless steel cases titanium element to the latest fully schick quattro titanium custom crafted ones, titanium road bike this razor is ford ecosport titanium the perfect blend of quality and comfort.

Post a Comment